June 13, 2011

rempit oh rempit


Assalammualaikum 

Hai semua . lama tidak mengupdatekan entry kan.
walaubagaimanapun hati terasa ingin berkata kata dan meluahkan rasa lantas jemari aku pon menaip laju mengikut kata hati hehe.

Okey terlebih dahulu aku akan sedaya upaya mengurangkan short form yang selalu digunakan heheh..
Bajet nak lebih matang dalam menulis entry 
Berbalik kepada tajuk entryrempit oh rempit” 

Mat rempit..bila bercakap mengenai mat rempit je semua orang akan memandang serong mengatakan yang mat rempit nih seorang yang “useless” ,tidak boleh dipercayai dan tiada masa depan.
TAPI!! Harus di ingat tidak semua mat rempit berjiwa begitu.bukan semua mat rempit jadi peragut,pembunuh,perogol serta sekutu dengannya.Ada ja mat rempit yang belajar di ipta n ipts tempatan.terbukti apabila ada sebahagian dari kawan-kawan aku sendiri.
Dari sudut pandangan aku, bakat mat rempit ini harus digilap dan diarahkan ke jalan yang betul supaya tak tersongsang.cuba bayangkan seorang remaja yang hanya belajar di tahap “spm” mampu mengubah sebuah motosikal menjadi lebih laju dan mampu menungang motosikal dengan hanya menggunakan sebuah tayar sahaja!! ..ada plak pelajar yang belajar pasal mekanikal tapi tidak tahu langsung selok belok mengenai motosikal (bukan memuji memuja tp menunjukkan sebahagian sifat positif yg ada dalam diri seorang mat rempit).Mereka ini lebih bersifat berani (semestinya) , dan sifat ingin tahu dan mencuba sesuatu yang baru .sifat ini amat kuat dalam diri mereka.

Apabila berkawan pula,dari pandangan dalam alam reality yang dapat aku lihat mereka ini lebih bersifat pelindung, ambil berat dan semangat setiakawan yang tinggi. Sebagai contoh yang berlaku disekeliling aku,apabila salah seorang dari kawan mereka dipenjarakan mereka sanggup berkongsi wang untuk mengikat jamin kawan mereka (ini reality) .Bila kawan mereka ditimpa kemalangan kita dapat lihat dikaki katil hospital ramai kawan kawan yang mengunjungi.

Bercinta.. mat rempit juga punya perasaan cinta .dia kan manusia biasa macam kita semua. Dari apa yang aku dengar lihat dan baca , cinta mat rempit lebih setia berbanding orang orang yang lain.orang cakap muka ja ganas tapi dalam hati ad ataman astakona hehe
mungkin kerana apabila mereka diterima oleh seorang perempuan yang betul betul menyanyangi diri mereka .mereka merasakan yang diri dihargai. Kadang kala mungkin mereka lebih kelihatan baran dan mengongkong. Hal yang demikian disebabkan oleh kasih sayang dan rasa cinta yang ada dalam jiwa mereka .

Mungkin ada dikalangan korang yang sedang membaca entry ini berkata “ahh dia ni nak sebelahkan mat rempit plak,kes ragut rogol suma tu mat rempit yang buat .tak semua mat rempit bagus”
Ok HARUS diingat ini adalah dari sudut pandangan aku.kita tak boleh judge orang melalui kata kata negative je. BETUL!! Tak semua mat rempit seperti aku kata kan di atas.Manusia kan rambut sama hitam tapi hati lain-lain.Tidak semua orang sempurna kat atas muka bumi ini.tujuan aku menunjukkan sedikit kepositifan yang ada dalam diri mat rempit. Ceramah sering diadakan dan dianjurkan di masjid masjid  kebanyakannya.jadi yang hadir tentulah kalangan yang baik-baik sahaja.yang ada ilmu pengetahuan yang telah tersedar dari kejahilan.bagaimana pula dengan remaja yang diluar yang tidak pergi ke masjid,sebagai contoh mat rempit yang sering lepak di kedai burger.adakan satu ceramah khas untuk kesedaran mereka.memang pada mulanya akan ditolak.tapi apabila sering diadakan mungkin ada yang menerima.sekeras keras kerak nasi boleh lembut jua.inikan hati manusia.walaupun tak semua yang akan menerima tapi mesti dalam 10 orang 1 orang akan mendapat kesedaran.InsyaAllah 

2 comments:

  1. tringat masa kt umah sewa dlu...kuat mrempit gak...hehheeheh...tambah2 ada foto tgah mrempit tue...

    ReplyDelete
  2. hi dear,
    Memang oren betul la dear.. hiksss......

    bersangka baik dengan siapa saja kan.. tak kira la mat rempit ke apa.. =)

    New Entri :

    BERITA BAIK DAN AKU TERUJA

    thanks dear..

    ReplyDelete

Budak Baek