June 29, 2011

Kelayakan piala dunia

Assalammualaikum.


Kelayakan piala dunia.Setelah diundi Malaysia bertemu taiwan pada malam ini.
Malaysia dikatakan mempunyai peluang cerah untuk melangkah ke pusingan ke dua tapi bola itu bulat apa apa pon boleh terjadi
Kita harapkan pasukan dapat menunjukkan prestasi yang baik untuk menjaringkan gol sebanyak yang mungkin :).
Semua peminat bolasepak dan rakyat malaysia tak sabar nak tengok game malam ni.harap malaysia beroleh kemenangan Jika Malaysia menang malaysia akan bertemu Singapura.
Diharapkan kemenangan kelayakan olimpik dahulu dan ranking malaysia yang atas dari taiwan mampu menaikkan semangat pemain harimau malaya kita
sama sama kita berdoa agar game malam ni berjalan dengan lancar dan beroleh kemenangan :)

RTM1 akan menyiarkan siaran langsung tersebut jadi kepada sesiapa yang tak berkesempatan ke stadium boleh menonton di RTM1 (8.30pm)  :)


  dibawah bimbingan T.Rajagopal


PENDAPAT DARI SEORANG KAWAN DI LAMAN FACEBOOK (ZARN REYES)

Menang mudah...
Rekod tanpa kalah anak didik Datuk K. Rajagobal akan berterusan malam ini. Taiwan harus jadi mangsa ratahan Safiq Rahim dan rakan-rakan.

Corak permainan offensive jadi taruhan Rajagobal. Lebih tiga gol dicatat pada wisel penamat bukan mustahil.

Perhatikan posisi bek kanan, sama ada Mahalli Jasuli atau Helmi Remeli, kedua-duanya akan switch position dengan Amirulhadi Zainal untuk attack penjuru kanan.

Kecederaan Khairul Fahmi Che Mat tidak harus timbulkan masalah kerana Sharbinee Allawee Ramli pun reliable.

S. Kunanlan, Amirulhadi dan Safee Sali dijangka start buru gol awal. Jika Norshahrul Idlan Talaha belum cukup cergas, ada ruang buat Baddrol Bakhtiar atau Ahmad Fakri Saarani bermain di belakang Safee, manakala Abdul Hadi Yahaya sebagai pengganti straight swap buat Safee. Yang penting defence kena protect Sharbinee dan awasi pergerakan Chang Han dan Chen Po Lian.

Ikut sejarah, Malaysia pernah kalahkan Taiwan 3-0 di Kuala Lumpur tapi tewas 3-2 di Bangkok pada pra-Piala Asia 2000 bawah teraju Abdul Rahman Ibrahim. Zaman tu Rusdi Suparman, Mohd Noor Derus, Zami Mohd Noor, Ahmad Shahrul Azhar Sofian, Sany Fahmi, B. Rajanikandh dan Bahtiar Osman jadi tonggak.

Pada pra-Piala Dunia 1997 bawah Wan Jamak Hassan, Malaysia menang 2-0 di Kuala Lumpur tapi seri tanpa jaringan di Jeddah. Itu jam Zainal Abidin Hassan, Azman Adnan, Nazri Yunos, Khairul Azman Mohamed, Rizal Sukiman dan Rajanikandh bentuk teras pasukan. Sedap team tu...M. Chandran pulak macam Amirulhadi/S. Chanthuru sekarang...attack flank kanan...

Zaman Soh Chin Aun, Syed Ahmad Abu Bakar, Wong Choon Wah dan Dell Akbar Khan serta flanker Looi Loon Teck, Malaysia menang 3-0 waktu pra-Olimpik di Seoul 1971...detik manis buat Syed Ahmad


p/s: Ramalan 2-0..anda pula bagaimana?? heee :)

2 comments:

Budak Baek