" Wanita fitrahnya adalah seperti daun semalu, yang berduri dan bila
disentuh tertutup malu. Seperti bunga mawar yang indah namun penuh
berduri tajam. Jangan dihilangkan fitrah itu, kerana cinta anda sanggup
mengejar sesuatu yang pasti bukan kepunyaan anda. "
“Suhana, kau pernah minat pada seorang lelaki tak?” tanya kawan saya ketika kami sedang duduk berehat.
“Pernah lah,” jawab saya. Agak segan kerana soalan sensitif yang dilontar oleh kawan.
“Kalau kau suka, kau akan buat apa?”
“Aku
akan berdoa dalam hati… “Ya Allah, aku suka akan dia, jika dia adalah
jodohku, maka dekatkanlah dia untukku, jika bukan maka berikanlah yang
lebih baik dari itu,” ” jawab saya.
“Oh…” terdiam seketika kawan saya itu.
Benar,
setiap orang pasti pernah jatuh cinta. Namun bagi yang menjaga iman dan
diri, pasti dipendamkan dahulu, cuba berusaha dengan cara yang betul
untuk meraih cinta tersebut. Berusaha untuk tidak mencemari diri dari
melakukan perkara-perkara yang mampu mencalarkan maruah diri dan
sebagainya.:)
Full artikel klik sini
March 03, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Budak Baek