Bukti penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang “pakar air” dari Jepun.
Penemuan oleh Dr Masaru Emoto ini sungguh
menakjubkan. Beliau membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air boleh
berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut.Ustaz Abdullah Mahmud yang pernah berceramah di Surau Wisma Telekom Semarak,
pada tahun lepas pernah menceritakan penemuan ini. Beliau memaklumkan bahawa
beliau telah mengikuti satu seminar yang disampaikan oleh seorang pakar air dari
Jepun di Hotel Istana. Dalam seminar itu, mereka telah ditunjukkan melalui
slaid, contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas. Sumber air ini
diambil daripada laut, sungai, empangan, perigi dan sebagainya. Ada pelbagai bentuk,
daripada rupa cantik bercahaya seolah-olah seperti berlian hinggalah ke ‘hodoh
dan mengerunkan” seperti rupa jin bertelinga besar, bertanduk dan sebagainya.Suatu ketika, apabila ditunjukkan “rupa air yang cantik bercahaya,”
molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar,
berwarna-warni melebihi 12 warna, para hadirin telah disoal pakar air tersebut
tentang asal usul sampel air itu. Salah seorang hadirin meneka, itu mungkin air
Zam-Zam. Dan sememangnya telah disahkan benar oleh pakar air tersebut. Kemudian
beberapa hadirin dipilih untuk membuat kajian. Di atas pentas, mereka
dikehendaki membacakan sesuatu ke atas air mineral masing-masing. Lalu salah
seorang hadirin dikehendaki menunjukkan hasil kajiannya. Apabila ditunjukkan di
skrin kelihatan molekul air itu membentuk seolah-olah seperti tokong cina (
dengan janggut yang panjang dan perut buncit ). Apabila tiba giliran Ustaz Abdullah, air tersebut dibacakan surah
Al-Fatihah, Selawat dan ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin kelihatan
molekulnya seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya. Kemudiannya
beliau disuruh membaca sebarang ayat atau kata-kata yang tidak elok, maka
ternampaklah di skrin molekul air itu berubah menjadi seperti sel-sel barah.Banyak hadis dan ayat-ayat Quran, yang menceritakan fenomena ini. Air juga
merupakan makhluk Allah yang bernyawa. Dengan keizinan daripada-Nya, ia mampu
menyembuh dan memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada kaedah-kaedah
tertentu yang menggunakan air, untuk berikhtiar mengubati penyakit. Salah satu
daripadanya mengunakan air penawar, atau dalam bahasa mudahnya air jampi.
Seperti mana yang pernah diamalkan Rasulullah, dan diikuti oleh ulama-ulama
Islam, para ustaz, para imam.
No comments:
Post a Comment
Budak Baek